Wednesday 16 November 2011

Perihal Aku dan Lalang

salamun a'laikum

aku bukan nya lalang,
yang mengikut haluan angin,
haluanku lebih dari penghalang,
nyaman nya bak dingin.

hanya kerana kau rasa,
aku bukan biasa,
mencorak sendiri bahasa,
bukan kau yang rasa.

kau lihat aku lalang,
sebab hakuan ku sering berubah,
tahukah kau disebalik dalang,
ada hamba yang menyembah.

mata mu pandangan mu,
lidah mu kata kata mu,
namun coretan aku,
isi hati ku,
tak kan kau tahu,
hanya Dia yang tahu.



fi aman Allah,
S.N

Monday 14 November 2011

sekadar madah bicara..,


salamun a'laikum =)

lidah kelu tak berkata-kata,
lalu mata dipejam rata,
mencari syahdu dikala senja,
mengingatkan lagu pengubat lara.

hanya kaku di dalam waktu,
inginku berlagu dalam sendu,
namun jangan harus, dibiarkan aku
berlalu sayu tanpa arah tuju..


fi aman Allah,
S.N

.....respon 2 nur misnan request =)

Monday 3 October 2011

saat itu


    • salamun a'laikum

      andai saat itu
    • malaikat pejamkan mata
    • kakukan tangan
    • butakan tinta
    • sudah pasti akan ku
    • kotakan yang dikata..

      • hanya kerana lipatan waktu bg mereka
      • menjadi dinding buat pusara
      • jangan kau bingung dalam saat & ketika
      • menanti waktu bila terasa
      • kau pasti tahu kerana ia cela
      • dari ilmu mu, membangkit rasa



        S.N

Monday 19 September 2011

Hidupku Sebagai Melayu

salamun a'laikum

"perihal dunia tidak ku duga,
semacam itu tidak ku rasa,
hanya pepatah peganti duka,
mengubat rindu dikala lara."

^_^ ini menjadi pertama buat diriku, pertama dalam rasa, sebagai seorang melayu.
aku mahu meletakkan diriku sebagai melayu. berbahasa melayu. berjalan melayu. berpakai melayu. bersantap melayu. serba serbiku melayu.

"takkan melayu hilang di dunia, berpantang adat, agama tiangnya."


S.N